PROMO : RM49 FLAT & GOODBYE SALE!
FAQ-Dropship

1.Picture untuk sale nak ambik kat mana? From website?

Both can. Boleh amek kat website, FB and IG. Save or repost

2.Ds kena kumpul order atau mcmne?

Definisi simple dropship ialah ejen jualan kecil kpd sesebuah organisasi, tanpa melibatkan kos. Seolah2 partnership and they earn  profit/komisen/ etc drp jualan. Jadi di sini tugas DS adalah utk menjual atau mengumpul order drp pelanggan ds itu sendiri dan membuat  order sendiri di website, spt yg telah diterangkan dlm surat akujanji.

3.Macam mana cara pembayaran oleh customer & DS nk byr kpd butik mcm mne?

Customer boleh byr direct kpd DS, samada online atau cash, dan DS perlu ambil postage detail customer dan membuat tempahan di website  dan membayar tempahan di website mengikut harga yg tertera urtk dropship – harga tu dah siap tolak diskaun for ds. Contoh: Harga tudung  RM40, komisen ds 10%, so harga display ialah RM40-10%= RM36. Tapi harga yg ds collect from customer ialah harga jualan spt HQ. (spt yg  diterangkan dlm surat aku janji). DS adalah direct report to HQ. So, komisen DS RM4 tu dah dapat siap siap daripada customer.

4.Stock avaibility boleh semak di mana?

Stock availability boleh semak di website atau boleh tanya pada admin dropship, kecuali hari Sabtu dan ahad. HQ tutup pada hari tersebut.

5.Cara promosi akan di ajar ke?

Utk Baby dropship, cara promosi tidak diajar secara menyeluruh. Hanya simple tips akan dikongsi. Cara membuat jualan/promosi akan  diajar di next level – Junior Dropship. Reason being, Baby dropship adalah filter utk HQ menilai daya saing DS. Target yg diberikan masih  dikira mampu capai. HQ akan kongsi tips bgmn utk capai RM300 dalam masa satu hari. Selepas achieve target, baby DS akan move ke junior  ds dan kita akan mula ajar selok belok sales.

6.Gambar seperti yg dinyatakan di atas ambil kat mana? And caption akan di sediakan ke atau kena buat sendiri?

Gambar spt Soalan 1. Caption digalakkan buat sendiri. Kalau tak reti sungguh, boleh copy paste drp fb or ig MS, tapi kene edit bahagian yg sepatutnya ie. Phone no to wasap.

7.Target RM300 berdasarkan sales or komisen?

Sales.

8.Stock utk ds hanya di website sahaja or boleh juga ambik di butik?

Hanya order di website dan boleh self pick up di butik. Kebiasaannya, anda perlu order utk customer di website, dan pihak HQ akan poskan  ke customer anda.

9.After 31/7 kami masih DS untuk MS atau kena register n bayar yuran keahlian?

Masih DS dan Tak perlu. You need to set target to move to junior ds after 31 July and earn more komisen dan more reward

10 . Adakah MS akan pantau akaun ig yg kita buat tu?

Yes secara random untuk memastikan ds carry well the brand. Bina brand ambil masa sgt lama ie.5 tahun dan hampir half million cost telah  keluar utk marketing dan branding. Jadi HQ kene buat pemantauan rawak ke ig acc sume, utk memastikan tiada siapa salah guna brand  atau main harga. To built a brand take years but to damage it takes overnight.

11.Slpas DS buat order, pihak MS yg akan post out brg atau DS sndr?

Pihak HQ sayang. Suka tak?

12.What will happen if tak capai target (RM300)?

Anda akan tetap duduk dlm group baby sehingga anda achieve 300 pertama. Tapi takkan la nk tunggu lama lama nnti lemau. Org lain dah ke bulan gitu

13.Adakah Ds akan di ajar marketing products utk capai target sale?

Sila refer Jawapan no. 5

14.Harga refer kat mana?

Website. Klik www.marshmallowscarf.com.

15.Saya kurg fhm kalau time tu ada sales mcm mana. I mean nk kira komisen tu kene kira sndiri eh 5%?

Tak perlu sebabnya bila log in website akan terus dapat harga dropship (harga masa sales or normal)